Bukan sebarang batu karang dan bukan batu karang kat dalam laut tu tapi batu karang kat dalam buah pinggang. Abe sedar abe ada batu karang bila abe kencing tak lawas dan rasa sikit pedih kat pintu keluar. Air kencing pun ada sikit bercampur darah, tapi itu lama dulu, hampir 10 tahun lepas. Dan selama tu, rasanya dah 4 kali abe kena serangan sakit batu karang ni. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Sesiapa yang pernah kena tahulah macam mana rasanya. Sebelum abe kena serangan sakit batu karang ni (dah tentu berguling-guling dan berpeluh menahan sakit), kesihatan abe agak merosot, selalu saja sakit selain daripada tanda2 yang abe cakap sebelum ni. Bila jumpa doktor, doktor syak batu karang, dia berikan ubat lawas kencing. Serangan pertama abe masa kat kelantan, masa tu terus pergi hospital dan doktor cocok terus baik (tak sakit). Bila tak sakit terus lupa nak berubat ke apa. Kemudian serangan kedua tak tertahan, wife abe bawak gi hospital colombia seremban. Kat sinilah abe terima rawatan pertama daripada Doktor Yoong. Satu salur tiub dimasukkan ke dalam saluran kencing abe menyambungkan pundi kencing dan buah pinggang supaya abe boleh kencing macam biasa. masa tu batu karang tersekat di saluran kencing, jadi dr yoong tolak balik batu karang tu ke dalam buah pinggang. Dalam masa yang sama abe buat appointment utk operation hancurkan batu karang tu. Operation ni tak dilakukan di Hospital Colombia tetapi dibuat di southern Hospital di Melaka pasal masa tu Colombia tak ada kemudahan untuk tembak batu karang tu. Mulanya prosedur ni tak sakit, tapi makin lama makin sakit sampai abe termuntah. Orang kata prosedur ni tembak laser, tapi sebenarnya dia pakai ultra sound. Dia letak alat macam belangan kat pinggang, lepas tu ditembak pakai bunyi. Sepanjang rawatan batu karang ni, proses nilah yang paling sakit, tapi hasilnya batu karang dapat dihancurkan jadi macam debu. Selesai rawatan ni, abe ditempatkan kejap dalam bilik store (kesian), kami tak ambik ward untuk jimatkan kos. Kos masa tu adalah sekitar RM6000. Masa tu pakai duit sendiri, habis simpanan tabung haji wife abe. THANKS TO HER. Lepas dah ok sikit, wife abe yang drive balik Kuala Pilah. Seminggu selepas tu, abe pergi lagi ke colombia untuk keluarkan tiub dalam salur kencing tadi dan lepas tu kencing abe keluar macam air terjun. Cerita masukkan tiub ke dalam salur kencing ni abe akan ceritakan secara detail kemudian.
![]() |
| batu yg keluar dengan kencing abe.. |
Serangan kedua berlaku lagi semasa abe tengah tahlil di surau waktu maghrib. Tak tertahan sungguh sakitnya sampai berguling-guling dan berpeluh2, Abe tak tunggu lama suruh wife abe hantar abe ke hospital, tapi bukan lagi Colombia tetapi KPJ Seremban pasal Doktor Yoong dah pindah ke KPJ. Sampai di KPJ, abe hampir pengsan kerana menahan sakit. Lepas daftar, abe minta doktor inject pasal tak tahan sakit sangat dah. Dalam pada tu pihak hospital hubungi dr Yoong. Bila Doktor Yoong sampai, dia terus cam dan ingat lagi kita orang ( mana taknya, masa nak bayar first time dulu sekepuk duit rm6k bagi kat dia). Dr Yoong ni baik dan friendly sangat. Di KPJ ni abe ditahan selama beberapa hari dan ada saudara mara terdekat dari kelantan datang melawat. Yang ini ada abe ceritakan dalam post yang terdahulu. Pada masa ni abe hampir nak menjalani rawatan nak tembak batu ni lagi sekali, tapi bila x-ray, batu dah bergerak menghampiri tulang punggung. Doktor pun serba salah nak tembak, jadi dia cadangkan supaya tunggu dulu, manalah tahu batu tu keluar sendiri. Memang betul batu tu keluar sendiri ikut air kencing bila abe dah balik rumah.
Serangan ketiga berlaku juga masa abe kat rumah, pun abe tak tunggu lama terus minta wife abe hantar hospital, lepas injek, abe ingat nak tinggal di wad, tapi malangnya wad penuh, dorang suruh datang esok pagi. Sakit pun dah hilang, abe pun balik. Semasa dalam perjalanan balik, sakit datang lagi. Abe suruh wife abe singgah di hospital kuala pilah. Masa kat sini abe rasa sakit sangat sampai termuntah2 dan terpaksa inject 2-3 kali. Bila dah siang, abe pergi lagi ke KPJ dan masuk wad 2-3 hari, batu pun masih tak keluar walaupun ada pergerakan. Abe dibenarkan balik kerana doktor yakin batu tu akan keluar. Memang benar batu tu keluar semasa abe kencing sebaik sahaja sampai rumah!!
![]() |
| latest punya.. |
Tadi abe cerita pasal saluran tiub dimasukkan ke dalam salur kencing abe. Prosedurnya ikut lubang hadapan. Memang betul tak sanggup, tapi dalam keadaan abe masa tu, abe dah tak kisah, sakit punya pasal, abe relakan buatlah apa sahaja asalkna sakit hilang. Masa nak mula prosedur ni, macam biasa abe pakai baju pesakit dan diusung ke dalam bilik bedah. Misinya perempuan, sebelum doktor sampai, misi ni bukak kain abe dah diusap2nya angrybird abe. Memang rasa malu tapi tak kisahlah, lagipun abe angap dia pro (muda lagi orangnya, rasa muda daripada abe). Masa dia dok tengah usap2 mahkota dewa abe tu, kawan dia tah dari mana terus saja buka pintu bilik bedah dan anda boleh bayangkan apa yang terhidang depan mata dia. Tapi masa tu aiman dah tak kisah dah. Abe dipengsankan semasa dimasukkan saluran tiub tu tetapi masa nak buang tu abe diberi bius tapi masih sedar.
Tadi abe ada cerita abe ada singgah kat hospital kuala pilah. Bila terima rawatan sini, abe dibuat temujanji berkala untuk pemeriksaan batu karang ni sedangkan masa yang sama abe buat rawatan di KPJ. Dalam salah satu sesi pemeriksaan, lubang belakang abe telah dijolok dengan jari oleh doktor. Doktor tu bangsa India, muda lagi. Apa yang dia nak cari abe pun tak tahu sedangkan abe dah cakap abe ada history penyakit batu karang ni. Apa nak buat, bak kata abe, nak buat apa pun buatlah asal sakit sembuh. Ada lagi satu peristiwa yang kelakar masa buat rawatan di hospital Kuala Pilah ni. Sesi ni scan pakai ultra sound, doktor tak nampak batu pun tapi keesokkannya sebutir batu karang keluar masa abe kencing... memang kelakar.
Itulah pengalaman abe sepanjang2 mengidap penyakit batu karang ni. Sekarang abe ada pakai kad kesihatan, jadi tak risau sangat pasal kos rawatan. Untuk pengetahuan, pengidap batu karang ni pantang dia ialah makanan laut dan kekacang, jangan tahan kencing dan kena kerap minum air. Penyakit batu karang ni akan berulang-ulang tengok pada amalan gaya hidup kita. Abe hanya sekali sahaja terima rawatan tradisional, itu pun masa sakit, bila dah sihat lupa, malas nak buat rawatan susulan. Sekrang nipun pinggang dah mula rasa sengal2, tu tanda2 serangan tu... mulalah sibuk nak cari ubat....


Salam Abe, nasib baik terjumpa post ni, saya baru aje admit KPJ Seremban sebab suspect batu karang. Rumah kat Bagan Lalang, berguling2 mandi basah kuyup siap muntah2 menahan sakit. Nyaris2 2 kali rasa nak pengsan terus. Jumpa doktor Yoong jugak.
ReplyDeletekongsi-kongsi cerita..
ReplyDelete