Sunday, May 26, 2013

Untuk 2 hari sahaja...

Alhamdulillah sekarang abe dah ada di kampung halaman abe iaitu di wakaf che yeh, my home town. Malam tadi naik bas di kuala pilah jam 10 malam dan sampai di Kota Bharu jam 7.30 pagi. Sebaik sampai, abe gi sarapan nasi berlauk dulu di gerai makan dekat pasar buluh kubu. Abe naik bas no 44 lebih kurang jam 8.15 dan sampai ke rumah lebih kurang jam 9.00 pagi. Bila sampai abe tengok emak abe agak bersbeza sikit daripada sebelum ni, kurus, pucat dan agak keletihan. Suara pun agak lemah. Dia sebenarnya tak sihat sejak seminggu lepas, katanya sakit punggung (sakit lama) dan cirit birit sikit tapi sekarang ni jam 4.50 petang keadaan dia dah nampak beransur baik.

Abe balik kelate ni sorang-sorang aje. Bukan merajuk dan bukan bawak diri.Abe memang windu nak balik kelate sejak 2 bulan lepas. Wife abe ada kelas musin cuti ni dan anak2 pun tak nak ikut abe, lebih suka ngan mak dia. So kalau sorang2 sorang abe ambik keputusan untuk balik dengan bas aje. Tiket abe ambik hari jumaat lepas sekali dengan tiket balik ke kuala pilah. Tiket balik ke kuala pilah abe beli dua ingat nak bawak mak abe balik sama ke kp, tapi memandangkan keadaan dia yang kurang sihat, nampak gayanya abe balik seoranglah dan tiket satu lagi kira burn.

Rasanya balik kali ni abe tak ke mana2 pasal masa pun singkat, kenderaan pun tak ada tapi kalau mendesak bolehlah pakai motor kat belakang tu. Malam besok abe balik semula pasal hari selasa ada mesyuarat memanah di balai gadang jpnns..

Thursday, May 23, 2013

Genap Sebulan..

Hari ni dah genap sebulan abe bertugas di sekolah baru dan dalam tempoh tu abe tak ada mengajar dan tak buat buku rekod mengajar. Ini memandangkan dah hampir ke penghujung penggal pertama dan peperiksaan penggal pertama pun tengah berjalan. Sepanjang tempoh sebulan tu jugak ada macam-macam peristiwa yang abe dah alami antaranya menjemput pelajar yang ponteng sekolah balik ke sekolah, mendengar aduan parent, menyain pelbagai dokumen semasa ketiadaan pengetua, mempengerusikan mesyuarat dan macam2 lagi. Sepanjang tempoh tu jugak abe dah mengenali sebahagian guru dan mungkin sedikit masa lagi akan dapat  mengenali keseluruhannya. Abe pun dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru ni walaupun masih dibayangi dengan suasana sekolah lama. Tapi semalam berlaku satu peristiwa yang agak melucukan apabila abe dan seorang cikgu boleh tertukar kasut. Masa nak balik semalam, abe sedar yang kasut abe tak ada, terpaksalah pakai yang ada kat situ. Hari ni cikgu tu kata baru pagi ni dia sedar kasut dah tertukar..

Esok dah mula cuti pertengahan tahun, bila bukak nanti menanti cabaran sebenar buat abe...

Tuesday, May 21, 2013

Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda

Sambutan hari guru tahun ni abe sambut di sekolah baru, lebih daripada tu, abe kena hadiri 2 acara hari guru iaitu majlis pelancaran hari guru peringkat negeri pada malam 15/5 dan majlis perasmian hari guru peringkat kebangsaan pada malam 16/5. Pada pagi tadi pulak abe dapat panggilan dari sekolah lama menjemput abe majlis jamuan hari guru agaknya pada 20/5 ni.

Sambutan hari guru disekolah bari ni agak meriah jugak di mana guru-guru diarak ke dewan sebelum ucapan hari guru oleh tuan pengetua, nyanyian lagu guru malaysia dan acara memotong kek. Selepas tu acara sukaneka dan perlawanan bola jaring dan futsal natara guru dan murid. Lepas tu disambung pulak dengan acara dewan di mana dilangsungkan persembahan pelajar dan guru serta penyampaian hadiah. Akhirnya ada jamuan guru dan acara bertukar-tukar hadiah di kalangan guru.

Malamya abe dan wife pergi ke sambutan hari guru peringkat negeri di padang majlis bandaran. Ada majlis makan malam, dapat jugak jumpa beberapa orang rakan guru.

Malam besoknya abe dan wife hadiri pulak majlis pelancaran hari guru peringkat kebangsaan di stadium tertutup nilai. Kat sini pun abe jumpa pengetua sekolah abe dan pegawai ppd. Sebaik sahaja selesai pengumuman tokoh guru tahun ini, abe pun baliklah.

Semalam pulak abe hadiri majlis jamuan sempena hari guru sekolah lama abe. Dapat jugak jumpa kawan-kawan lama tapi tak dapat borak sakan pasal kena duduk meja vip. Majlis tak lama dalam 45 minit gitu, selepas sesi bergambar, abe pon baliklah. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi jemput abe...

Saturday, May 4, 2013

Bertugas di tempat baru..

Alhamdulillah, abe dah lapor diri di sekolah baru pada 23/4 yang lalu, tetapi memandangkan gpk1 belum melapor diri dan ada penangguhan memulakan tugas di sekolah barunya, proses peralihan agak terbantut sikit. pk koko dan pk hem yang lama x dapat lagi berpindah ke post baru, jadi abe pun mintak penangguhan jugak sehingga 27/4. Abe pun dah kenal beberapa orang guru terutamanya guru lelaki, guru perempuan belum lagi cuma beberapa orang sahaja, Mereka ni muda-muda lagi, bertenaga dan bersemangat. Alhamdulillah, penerimaan mereka terhadap abe amat baik, dengan cepat abe dapat menyesuaikan diri di sini. Lagipun sekolah baru abe ni tak jauh beza dengan sekolah lama, sekolah felda, bilangan guru dan pelajar lebih krang sahaja bilangannya. Kemudian esoknya sampai jumaat, abe berada di sekolah lama, membereskan mana-mana tugasan yang belum selesai. Dalam masa tu abe diberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua pelajar dan diadakan juga majlis perpisahan pada hari khamis Pada hari jumaat, abe berpeluang bersalamandengan semua pelajar dan memberi pesanan kepada mereka. Pada hari sabtu abe terpaksa ambil crk pasal ada majlis anugerah cemerlang nurin di ssp. Pada minggu ni abe mula bertugas di sekolah baru tapi dari segi teknikalnya belum pasal gpk1 mula bertugas disekolah baru pada 6/5 ni.Semalam didakan majlis perpisahan untuknya. So abe buat-buatlah sibuk di sekolah baru ni.

Pada 2/4 lepas abe gi interview npqel di IAB ditemani oleh wife abe. Dia crk hari tu. Alhamdulillah sampai tepat pada masa dan abe dapat bilik temuduga no 3 giliran ke 5. Biasalah temuduga gabra giler tapi bila calon pertama dan kedua keluar, mereka bagitahu yang ditanya tentang peranan di sekolah, perasaan gabra kendur sikit. Walau bagaimanapun abe tak kisahlah dan tak mau fikir lagi pasal temuduga npqel nih.

Esok 5/4 ialah hari mengundi. Pada mulanya abe ingat malas nak gi memangkah memandangkan penggunaan dakwat kekal ni diwajibkan, tapi tah macam mana tengah hari tadi terbuka pulak hati nak gi mengundi esok pagi..opss, abe mungkin tak pergi pagi, mungkin belah petang kot untuk elak kesesakan (malas nak Q)...

Okay, walau apa-apa pun pilihan anda, selamat mengundi...

Monday, April 22, 2013

Begini ceritanya...

Pada 27 Februari yang lepas, abe dapat panggilan daripada pegawai PPD yang menawarkan abe untuk jadi GPK Koko di sebuah sekolah menengah di Palong. Pada mulanya abe agak keberatan untuk menerimanya pasal memikirkan jaraknya yang jauh. Tapi pegawai tu kata taklah jauh sangat berbanding dengan rumah abe dengan sekolah asal abe ni. Kemudian, abe mintak sikit masa untuk tanya pendapat wife abe. Wife abe suruh terima aje. Abe call balik pegawai tu dan nyatakan persetujuan. Dalam pada tu, pegawai ni cakap jangan berharap sangat pasal ada beberapa orang calon lagi. Abe pun tak kisahlah, kalau dapat rezeki namanya, kalau tak pun tak apalah. Abe ambik keputusan untuk diamkan perkara ni, tak nak heboh-heboh, nanti kalau tak dapat, mana nak sorok muka. Dua tiga hari kemudian pengetua abe panggil in person dan bagitahu berita ni yang abe dah tahu pasal pegawai ni tadi dah call dia maklumkan hal ni. Selepas beberapa hari, berita ni dah tersebar tapi abe tak cakap sepatah pun. Abe rasa berita ni tersebar dari seorang guru di sekolah lain yang juga dapat panggilan dari pegawai tadi yang menawarkan tempat abe padanya. Berbeza dengan abe yang suka diamkan, tapi cikgu ni dah heboh kononnya dia akan datang ke sekolah abe menggantikan abe. Ada beberapa orang cikgu sekolah abe yang dapat berita ni semasa pergi mesyuarat di luartanyakan hal ni pada abe, tapi abe diamkan saja. Kemudian abe dengar ada penyerahan watikah perlantikan di Jabatan dua minggu selepas tu, tapi tak ada pun panggilan untuk abe. Sehingga tiba hari penyerahan watikah, masih belum ada sebarang berita, jadi abe anggap tiada sebarang perlantikan untuk abe. Dua tiga hari lepas tu abe jumpa dengan seorang kawan. Masa berborak dengan dia, dia kata majlis penyerahan watikah tu hanya untuk daerah Kuala Pilah saja. Abe rasa lega sikit. Walau bagaimanapun dari hari ke hari perkara ni semakin lama semakin senyap. Abe dalam pada tu lega jugak pasal malas nak melayan pertanyaan yang abe tak mampu nak jawab. Dalam masa yang sama hari demi hari abe  berdoa supaya abe akan dapat berita gembira. Sehinggalah hari rabu lepas iaitu 18 April lepas, abe dapat pesanan telefon yang suruh abe hadiri majlis penyerahan watikah perlantikan pada 22 April (hari ni). Masa diberitahu tu abe cool aje, tapi dalam hati mengucapkan kesyukuran tak terhingga. Tetapi yang mengejutkan ialah seorang lagi guru sekolah abe pun diminta hadir ke majlis tersebut.

Hari ni abe sampai ke JPNS jam 8.30 pagi, bila masuk bilik mesyuarat, dah ada orang tapi tak ramai lagi. Cikgu yang kata nak gantikan tempat abe tak ada pun. Bila majlis berjalan, rupanya cikgu sekolah abe tu yang akan gantikan tempat abe dan cikgu tadi tak nampak batang hidung sampai sudah. Maknanya dia tak dapat tawaran ni. Masa sedang tunggu majlis mula, rupanya guru yang duduk sebelah abe ni ialah guru yang tempatnya abe akan gantikan, dia masih bertugas di tempat yang sama sebagai GPK HEM...

Abe di sekolah sekarang dah lama sangat. Masa mula-mula sampai sekolah ni, rasa terkejut bila tahu salah seorang cikgu ni dah 11 tahun di sekolah ni, tapi abe ni dah 14 tahun. Jadi abe rasa pertukaran ni memang sesuai dan patut sangat. Memang abe rasa nak pindah sejak dua menjak ni tapi takut abe akan mula dari kosong semula, takut kena buli. Lagipun abe perlukan suasana dan bidang kerja baru supaya semangat bekerja kembali pulih. Jaraknya kalau abe tengok google maps, dari rumah abe ada dalam 52km sehala. Jauh jugak tu. Sekolah sekarang ni jaraknya lebih kurang 37km. Abe memikirkan, abe dah biasa jarak jauh dan ada orang lain yang lagi jauh dari abe, so abe anggap ni sebagai cabaran, no pain no gain!!!

InsyaAllah, esok abe akan lapor diri di sekolah baru.

Jadi itulah kisahnya.....

Saturday, April 13, 2013

Si Mati Berjalan

merle, andrea, maggie, daryl, lori, rick, carl, t-dog, glenn, michone, governor


Musim ketiga drama bersiri Walking Dead di channel 413 Fox Movies telahpun berakhir minggu lepas. Abe mwrupakan salah seorang daripada berjuta-juta peminat siri tv ni di seluruh dunia. Abe mula menonton cerita ni kira2 dua tahun lepas dan sampai sekarang abe tak pernah pun miss satu siri pun cerita ni (awal-awal dulu miss jugaklah tapi dah cover...hehehe). Cerita ni mengisahkan sekumpulan survivor yang terselamat daripada ancaman mayat hidup yang digelar sebagai walker atau biter dalam kalangan mereka. dalam cerita ni satu wabak telah menyerang manusia menyebabkan mereka yang mati akan hidup semula disebabkan satu virus yang menguasai otak mereka. Mayat2 hidup ini hanya boleh dihapuskan dengan memusnahkan otak mereka. Mereka yang digigit oleh walker ini akan mengalami demam panas yang membawa kepada kematian dan akan bertukar kepada walker. Walker ini sentiasa dahagakan daging manusia yang hidup. Kumpulan survivor ini diketuai oleh seorang syeriff yang memimpin kumpulan untuk meneruskan kehidupan mereka. Pelbagai peristiwa yang menarik berlaku spanjang cerita ini yang sudahpun selesai 3 musim. Musim yang akan datang kalau tak silap akan bermula bulan oktober nanti...lama lagi tuu..

Bagi abe, tarikan cerita ni bukanlah mayat-mayat hidup tu semata-mata tetapi jalan ceritanya yang menarik. Cerita ni banyak bermain dengan emosi. Cerita ni memberi gambaran apa yang akan terjadi kepada manusia apabila mereka tidak lagi dikawal oleh undang2. Nilai0nilai persahabatan, kekeluargaan dan kemansiaan memang jelas ditonjolkan dalam cerita ni. Bagipeminta tegar macam abe ni, dah kenal dan terasa dekat dengan watak-watak dalam cerita ni: Rick, Carl, Daryl, Lori, Andrea, Harshel, Michone, Maggie, Shane, Dale, T-Dog, Glen, Carol: masing-masing ada perwatakan tersendiri.

Setakat ni abe ada simpan DVD untuk dua musim awal iaitu musim 1 dan 2 dan tengah tunggu kemunculan dvd musim ke-3.

Musim 1: shane, dale, lori, rick, t-dog, carl, andrea, glenn, sofea, daryl, carol, jarom

Musim 2: rick, sofea, carol, lori, carl, t-dog, glenn, andrea, dale, daryl, shane

Musim 3: lori, carl, daryl, carol, t-dog, beth, hershel, rick, maggie, glenn,
governor, walker, michone,walker  andrea


Saturday, April 6, 2013

Batu karang lagi...

Isnin dan selasa minggu lepas abe ambik mc untuk gi checkup dengan dr yoong di KPJ Seremban. Dua tiga hari sebelum tu abe dah rasa berdenyut-denytut dan sengal-sengal kat pinggang bahagian belakang. Ini tanda-tanda ni. Pagi isnin tu abe pergi chek dan memang sah ada batu karang dalam buah pinggang dan dalam pundi kencing. Doktor bagi pilihan sama ada nak wasuk wad atau makan ubat aje. Dah tentulah abe nak makan ubat, kalau masuk wad banyak benda pulak nak pikir. Dr Yoong kata batu yang ada dalam buah pinggang ialah batu yang kecil-kecil, lebihan batu masa rawatan yang latest dulu. Adalah dalam 4-5 biji kiri dan kanan. Doktor bagi ubat dan dia suruh datang jumpa dia lagi dalam dua minggu lagi. Keesokannya, dengan kuasa Allah masa abe kencing, keluarlah sebiji batu yang sebesar melukut atau sebesar mata pensel (gambar di bawah). Abe rasa abe pun dah lali dengan batu karang ni. Cutu lepas adalah masa terbaik nak gi jumpa bomoh kat Melaka tapi masa tu abe tak terlintas langsung. Tengoklah cuti akan datang abe akan cuba usaha untuk ke sana..